Saturday 29 October 2011

Maaf... Awak terlewat 30 minit... (part 5)

.................
................
????????
.............
??????
...........


Rayyan mengatur langkah ke arah sebuah kedai pakaian tradisional yang terdapat di situ. Selepas menghantar Tasya pulang ke rumah tadi,dia terus memandu ke kedai tersebut. Dia ingin mencari pakaian yang akan dipakai pada majlis perkahwinan kawan baiknya Sabtu ini. Kebetulan pula, Rayyan akan menjadi pengapit kepada pengantin lelaki.

Di kedai tersebut, Rayyan pergi dari satu sudut ke satu sudut yang lain untuk mencari pakaian yang dirasakan bersesuaian. Dia mencapai sehelai baju melayu yang dirasakan sesuai dengan tema majlis perkahwinan tersebut, lalu memanggil jurujual untuk bertanyakan tentang saiz. Apabila ternampak seorang jurujual di situ, dia mendekati sambil memanggil.

"Cik, cik. Baju ni ada saiz M tak?" pertanyaan Rayyan tidak dijawab, malah jurujual tersebut langsung tidak memandangnya.

Eh, pekak ke apa perempuan ni?

"Cik!" panggil Rayyan dengan nada kuat kerana menyangka jurujual tersebut tidak mendengar.

Tiba-tiba jurujual tersebut pergi meninggalkan Rayyan, menjadikan Rayyan bertambah pelik. Tetapi datang pula seorang jurujual lain.

"Ye encik, ada yang boleh saya bantu?"

"Ni, saya nak tanya ada saiz M tak baju ni? Yang kawan awak tadi lari kenapa?"

"Maaf encik. Kawan saya tadi tiba-tiba sakit perut. Encik nak saiz M ya? Nanti saya carikan. Encik tunggu sini sekejap ya."

Sambil menunggu jurujual tersebut mencari saiz pakaiannya tadi, Rayyan melihat-lihat baju-baju lain yang terdapat di situ.

"Encik, ini bajunya. Kalau encik nak cuba, dekat belakang sana ada fitting room. Encik nak saya tunjukkan ke?"

"Tak apa, saya pergi sendiri."

Setelah berpuas hati dengan baju tersebut, Rayyan terus membawanya ke kaunter untuk membayar lalu keluar dari kedai tersebut untuk pulang ke rumah.

Apakah akan terjadi seterusnya...????



sila klik ini......---------->

p/s: credit to novelis Ct Nahya

No comments: