Thursday 13 October 2011

Maaf... Awak terlewat 30 minit... Part 3


...
....
...
...
....

“Hah, awal pulak kamu balik Zikri. Selalunya selagi jam kat dinding tu belum pukul 1 pagi belum dengar bunyi enjin kereta kamu tu,” leter ibu Rayyan.

“Mama, please. Zikri nak naik dulu. Sakit kepala la. Nanti makan tengahari mama panggil Zikri tau,” pesan Rayyan kepada ibunya.

“Tu tak lain gaduh la tu dengan awek. Gaduh dengan yang mana satu pulak kali ni?”

Bukan Puan Ruzila tidak tahu perangai anak kesayangannya itu. Terlalu ramai perempuan dalam hidupnya. Puan Ruzila Cuma takut Rayyan Zikri mempermainkan perasaan perempuan. Sebagai seorang perempuan, pastinya dia tahu bagaimana rasanya jika dipermainkan.

Tanpa menghiraukan ibunya, Rayyan terus naik ke biliknya.

Duduk menghadap tingkap biliknya yang menyajikan pemandangan bukit-bukit menghijau di belakang rumahnya sangat menenangkan. Sambil melihat keindahan tersebut, Rayyan terfikir akan peristiwa tadi. Sungguh sakit hatinya apabila melihat Tasya bersama lelaki lain.

Tasya, kenapa kau buat aku macam ni? Kau ingat aku ni tunggul kayu ke? janji kau memang tak boleh pakai la. Hmm... Apa patut aku buat? Bukan sekali Tasya buat aku macam ni. Dah berkali-kali.

Mungkin dia buat aku macam ni sebab aku pun tak tepati janji aku kot. Mungkin dia saja nak buat aku cemburu. Takpe, nanti aku pujuk dia.

Ah... Bukan keperluan aku nak jaga hati Tasya. Dia pun tak pernah pujuk aku kalau aku marah. Aku je yang perlu mengalah dengan dia. Kalau aku tak bagi hadiah mahal, mahu sampai sebulan pun rajuk tak sudah.

Lantak kau la Tasya. Bukan kau sorang awek aku, yang aku perlu beri perhatian. Dia ada tak menambah, dia tak ada pun tak terasa berkurang. Peh, egonya aku.

Begitulah pemikiran Rayyan. Dia memang sudah lama tahu perangai Tasya. Tapi rasanya dia tak kisah, kerana dia hanya suka-suka seperti mana dia suka-suka dengan gadis-gadis yang lain. Padanya, hanya gadis-gadis itu yang inginkannya. Dia hanya mahu berkawan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Isy... Dah lebih 10 kali aku call tak nak angkat pulak dia. Dua hari aku tunggu dia pujuk aku, tapi hampeh. Ni mesti keluar dengan perempuan lain ni," rungut Tasya.

"Ala... Yang kau nak merungut tu kenapa? Biarlah kalau dia nak keluar dengan perempuan lain pun. Kau pun keluar dengan lelaki lain jugak kan? Datuk lagi. So tak payah nak membebel ye cik Tasya," tegur Kyra pada teman serumahnya itu. Sudah penat dia mendengar rungutan Tasya tentang hal yang sama. Sudah berkali-kali juga dia berpesan pada Tasya supaya tinggalkan Rayyan dan Datuk Hamidi yang mungkin punya niat tersendiri.

"Sibuk lah kau ni Kyra. Aku sayang Rayyan. Datuk tu lagi lah aku tak boleh tinggal. Macam-macam aku dapat dari dia tau. Kalau aku tinggal dia, mana aku nak dapat hadiah yang mahal-mahal tu? Tak boleh, tak boleh," itulah jawapan Tasya setiap kali dinasihati oleh Kyra.

"Ha'ah... Syang sangat lah kau kat Rayyan tu. Kalau kau sayang dia, tak adanya kau dengan Datuk tu. Memang kau dapat macam-macam dari Datuk tu, lepas tu apa yang kau kena bagi pada Datuk tu? Kau tak takut Rayyan tau hal ni?"

Apakah akan terjadi kepada mereka...???


untuk sambungan sila klik sambungan....

p/s: credit to the writer Ct Nahya

No comments: